Assalamualikum & Hai
AMARAN: Entri kali ni mengandungi elemen penipuan yang besar, lebih baik jangan percaya
Dah nak habis pengajian ni apa lagi, tak salah rasanya nak post sikit pasal kawan kita yang banyak membantu sama2 dalam proses ke arah dewasa di alam universiti.
Mari kita mulakan dengan si anak Cina sebelah kiri tu. Sebenarnya dia ni bukanlah Cina tapi orang Myanmar yang aku kutip kat tebing Batang Lupar dulu. ~sapa percaya dia amazing Masa kenal awal2 dulu dia masuk lambat sebagai 2nd intake, perkenalkan diri dengan intonasi Chinese tambah lagi laju tanpa nafas "NAMASAYANGLIAWQIANGSAYADARISRIAMANSARAWAK" ~yes, satu habuk pun tak dapat tgkp masa tu Cuba2 berkenalan dengan bdak ni, Eh eh terus ngam sampai lah sekarang. Ke mana-mana sama2 je. Ada lah gaduh2 tak matang sikit2 tapi dia selalu pandai buat aku tak jadi marah semula.
Kita puji yang bagus2 je dlm ni, Ng Liaw Qiang atau nama comelnya Acai asal dari Sri Aman. Penakut bawak motor (sama lah). Peminat tegar ayam sabung. Mata sepet, muka calar, tampak gangster dan barang baik. Taste yang pelik. ~tak tipu, aku sendiri pun taknak support Rajin tahap dewa. Kuat menghafal sampai takleh orang kacau bila nak2 exam. Awal2 dulu agak lucu gaya hidup dia ni, berjadual setiap waktu, Haa sampai minit pegi toilet pun kena jaga. Jadi aku pun belajar lah mengikut jadual dia ni sambil2 kritik memanjang keanehan semuanya ~sampai penat dngar agaknya Tak lama dia dah mula longgar sikit sebab dah sedar sia-sia bukannya jaga kebun macam kat rumah. Bnayak lagi nak tambah tapi biarlah tersimpan dalam kalbu ini.
Yang satu lagi ni muka pun macam Cina tapi bukan ya kawan2. Pribumi Sarawak, bangsa Bintulu ~haa marah2 pergi percaya :'D Macam takda memori masa dia first dtang kelas sama ada dah lupa, tak hadir ataupun tak terdetik langsung nak berkenalan dulu. Mula2 kenal pun sem 2 Dr. Diana suruh sekumpulan dengan dia. Perlahan-lahan kenal hati budi dia sejak detik tu. Selalu stay up dan overnight bila nak siapkan assignment. Sangat2 selalu buat banyak benda sama2 sampai sekarang pun.
Jackson Jenun Temuli asal dari Bintulu. Paling pendek dalam kelas tapi takpa comel kan. Ada masalh OCD. Kemas, tertib dan sopan. Tampak garang tapi baik hati tapi garang tapi caring. Awal2 dulu macam tak jangka boleh rapat tapi bila dah banyak buat benda sama2, susah senang sama2, syukur dia jarang tinggalkan aku kalau ada masalah kecik ataupun besar. Pendengar dan penyelesai masalah mungkin sebab nasihat yang matang berbanding si Khidir ni. Kekadang rasa banyak menyusahkan dan kerap tinggalkan dia tapi terima kasih masih sudi menjaga. Pernah accident sama2 masa Borneo Kite Festival 2014, yang lucu ketawa dulu baru check mana2 yang luka. Antara yang takleh lupa pinjam seluar kat Similajau, hampir lemas kat BTR, kenangan Airport KK, Borneo Base dan kisah lepas MAKOSRA baru2 ni ~WOW, bnyk lagi nak tulis tapi cukup2 dah
Tuntasnya, bersyukur berkawan dengan dua ekor ni, banyak benda aku belajar, mereka selalu tolong, back up, kerjasama, gurausama, merepeksama. Bertuah sapa yang dapat Ng, "Moga2 dapat jodoh yg bagus masa depan bro, yang pandai menghargai sekurang-kurangnya". Jackson pula dah macam seorang abang yang prihatin bagi aku kat UPM, ada masa garang tapi masih boleh diharap kalau aku ada masalah. Tuhan saja mampu balas kebaikan tu.
Jadi, hargailah orang-orang yang special pada hati kita ni
No comments:
Post a Comment