Monday, 23 December 2013

ZUL FM (2)

Hai & Assalamualikum

Readers mesti dah tak sabar dengan babak ZUL FM,, tak perlu cerita banyak terus kepada entri makanan kali ini,,


So inilah nasi kepal,, orang Japan panggil onigiri,, ~well simply its their practical mobile lunch,, nasi ni campir cuka onigiri sikit nasi Japan ni boleh stay lekat & onigiri ada variasi inti,, ~untuk kelainan lah,, xkan asyik yang sama je,,  sedap n boleh kenyang dengan satu kepal je,, ~maybe depend kemajuan perut,, hah! ,,


~Also mobile,, ini adalah mi segera,, erm,, rata2 semua orang tau lagi2 budak2 asrama,, tapi jangan suka sangat kalau anda sayangkan rambut anda ~will it make our hair too curly? No lah,,  nanti anda akan botak!!,,  serius bah ni


Adik kepada mi segera iaitu mi segera saiz besar,, ~ bwahaha perlukah!? ,, kepada readers yang tak puas makan sepeket,, makan lah yang ni pulak,, ~gerenti puas ni!!,, jangan lupa cari bekas yang besar jugak,, ~moga2 dapat jadi macam aaron makan mi ni,,

Okay,, terima kasih sudi membaca,, Bye~

C.A.W.A.N

Hai & Assalamualaikum,,

Readers & my beloved followers,, ~well sekadar yg ad sekarang je lah,, kenapa pilih topik cawan?
Cawan adalah objek yang kita sering gunakan untuk minum minuman sama ada kegemaran kita contohnya jus2 aptahlagi jus langit ataupun ketidakgemaran kita ~boleh ke? Oh my BM,, seperti ubat or jamu ~for malay American yg moden sgt,, its sejenis minuman tradisional herba utk kecantikan,, ahaha sorry~,, ada juga jenis lain,,

Gelas sesuai utk air berkarbonat ngan ais pd hari yang panas terik,,

Mug yang tebal & berat pula sesuai utk air yg panas terik pd pagi yang sejuk,, XP

Jenis macam ni biasanya saya memang jarang nampak so tak tau guna bila eakk??


Ahah!! Selain tu cawan pun boleh jadi satu bentuk hiburan,, aktiviti ni mereka yang obsessed panggil cups,, readers yang pernah mengetahui nama sebenar boleh lah beritahu saya nanti,, ~i'm still wondering namanya,, boleh belajar lalu youtube cara mainnya ya,,

Saya nak beritahu di sini,, bagus permainan ni sebab selain hiburan ia juga merangsang otak kita,, ~like iq games gitu,, permainan jenis macam ni lah baru berfaedah,, ~i also mean other iq games,,

Sebelum habis saya upload vid ringkas permainan ni,, tq kepada 2 kawan saya ni,,


Okay,, terima kasih sudi membaca,, Bye~

Friday, 13 December 2013

ZUL FM

Hai & Assalamualikum

Intro dulu ~apa itu fm ?,, well apa yang maksudkan ialah food moments,, ~ quite stylish lah sangat,, ok so move on,, jadi lepas ni saya akan berkongsi kepada readers semua makanan yang manis,  kelat,  tawar, eksotik dll lagi,,




FM pertama ialah Durian yang tengah hot di pasaran,,  ~the royal king of fruits,, so org2 Asia Tenggara mmg hilang satu nikmat dunia kalau tak minat buah ni,, ~yum yum



Apa itu??,, ermm,, Buah Keranji,,  ~local fruit i found in sarawak,, tapi orang2 Kelantan cakap mereka ada buah ni,, ~tapi datang dari Thailand lah,, buah ni sedap tapi sayang sebab isinya punyalah tipis ~plus not worth the price ohh,, well exotics have their own price standards,, semua orang kena cuba buah ni,,


Kalau readers ada banyak sangat masa lapang,, buatlah Sandwich!,, ~hee,, nmpk sedap x?,, yang menarik is u can decorate sesuka hati,,


Hah! ,, cubalah beat Mr. Moustache Sayooq,, ~betul ke ejaan misai tu eak?


Okay,, terima kasih sudi membaca,,  Bye~

MARVELOUS CITIES IN MALAYSIA (3)

Hai & Assalamualaikum

Hai readers,,


More cities of Malaysia


Kangar, Perlis,, ~locals call their state Perleh,, paling utara Semenanjung Malaya tapi tiada laluan masuk Thailand,,  ~whats unique,, hanya negeri ni yang boleh tanam Mangga Siam sebab iklim sini sahaja yang sama dengan Thailand kot,,


Nah,, yang ni Alor Setar, Kedah,, negeri ni popular dengan nama jelapang padi Malaysia ~suddenly remembered a wide-forehead friend that we used to joke around with him jelapang padi,, sorry friend,, ya tanah sini sangat subur untuk tanam padi sawah iaitu makanan ruji Malaysian,,


Ini pula adalah Georgetown, Pulau Pinang,, ~this island is a rival for Singapore,, bangunan kat sini memang tinggi belaka,, macam Singapore pun ada,,  ada jambatan kedua yang cantik reka bentuknya tapi belum dibula lagi buat masa saya post entri ni,,  ~can't wait till its opened


Ini Perak punya ibu negeri iaitu Ipoh,,  ~a cute name to live in,, hee,, bandar ni muncul dengan aktifnya galian biji timah semasa zaman kedatangan British,, so reka bentuk bangunan banyak yang antique sepertimana Melaka,, ~must try Ipoh White Coffee,,


 Negeri terakhir sekali,, Shah Alam, Selangor,, negeri Selangor adalah negeri yang moden & Pelabuhan Antarabangsa Klang antara sumber ekonomi negeri ni,, ~no wonder lah kaya!,,Klang Valley juga antara tempat sesak dengan orang selain Kuala Lumpur,,


Belum habis lagi di sini,, ~wah,, apa lagi yang ada?,, masih ada lagi bandar2 yang hebat selain capital setiap states of Malaysia

Okay,, terima kasih sudi membaca,, Bye~

Tuesday, 10 December 2013

LIFE IN CAMPUS (2)

Hai & Assalamualaikum

Readers,, so saya akan bercerita lagi kehidupan saya di kampus bersama kawan2 saya,,



Introducing Mak Pillah,, actually i'm still confused to call this one mak or kak,,  apapun readers nak panggil ikut suka maybe nek pun boleh,,  hee~


Mak Pillah in flash,, we can see her fin & tail pattern,,

Mak pillah bukan saya punya tapi my friend punya,,  dia mmg minat ngan ikan jenis macam ni,,  ~hopefully akan membesar ngan cantik sekali



Kembar 2 ni pulak adalah anak2 Maimunah,, ikut sape entah 2 ekor nie,, ~their mother are berbelang koko,, mereka tiada langsung iras si Maimunah,, nama??,, well saya beri peluang kawan2 lain & hasilnya anak2 ini memang jauh dari nama klasik mak mereka,, yelah,,  rupa pun dah x sama sangat,,Truffle & Puffle nama diberi

Saya mau memberi tahu kepada readers,,  maybe kasi nama panggilan tu macam merepek je tapi pada saya sekurang-kurangnya nampak macam kita sayang mereka ni lebih,,  susah kalau bela tapi no name,, macam x special,, Lastly,,


Blackcurrant,,
Haha ~look what my friends had done to blackcurrant,,  anyway she's cute

Okay,, terima kasih sudi membaca,, Bye~

Monday, 9 December 2013

WAR HELMET XD

This is how to dye a war helmet with an easy way :) enjoy

Friday, 6 December 2013

MALAYSIANS ADDICTION

Hai & Assalamualaikum

Addiction? ~is it proper to use it ?,, Saya maksudkan adalah fenomena apabila semua Malaysian terikut-ikut ngan benda yang tak penting,,


Haha!!,, ini satu contoh,, Gwiyomi,, ~just some simple cute facial expression dance,, Its originated from South Korea,, Ingat Malaysian addiction daripada luar je ke??,, ~Local pun ada meh?


Tadaa!! contoh from local,, ~what is it about legoland??,, Pergilah cari awek Legoland,, ~credits to the girl who made,, well,, most readers know kan,, macam cantik jerr Legoland Malaysia ni,, jom ke Nusajaya, Johor,,


Lagi satu contoh,, ~its me the only lelaki there,, Sikit2 amek gambar,, kalau x amek gambar amek video pulak,, ~hehe,,

Saya nak beri pesanan kat sini,, walaupun benda2 merepek ke, x patut ke, & apa2 lah yang orang sibuk buat,, kita janganlah sibuk nak mengutuk, jatuhkan maruah, & mengaibkan orang tu,, apa salah diorang?,, ~they don't kacau u so don't kacau them lah!!,, Malaysian perlulah terbuka terima semua ni,, ~yes we are ! Malaysia


Ahah!!,, lastly is the perkataan kat atas,, ~so apa maksudnye tue??,, Bila nak sebut perkataan ni,, petik jari & condongkan kepala ikut tangan yang petik jari,, ~hahaha,, credits to my cousemate who introduced this to us,, So,, adalah 3 gurlz ni yang x henti2 nak buat BAM!,, & I decided to take a short vid,, ~thank you sebab sporting 3 orang ni!





Okay,, terima kasih sudi membaca,, Bye~

Thursday, 5 December 2013

MARVELOUS CITIES IN MALAYSIA (2)

Hai & Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan,, saya mempersembahkan,, ~before that,, credits to all the great photographers


Sambungan bandar2 megah,, next is,,


Melaka,, bandar bersejarah Malaysia,, Bandar Melaka sudah lama bertapak sebelum Merdeka lagi,, ~Thats why most bangunan sangat antique dengan design Eropah,, Tahniah kepada Melaka sebab mengekalkan nilai sejarah mereka


Sekarang,, Seremban, Negeri Sembilan,, ~whats interesting?,, Apa yang saya tau,, majoriti orang tempatan adalah etnik minangkabau & mereka ni sebut negeri mereka Nogori


Kuantan, Pahang is here!,, jalan besar sebelah kanan tu Jalan Mahkota & bangunan yang besar kat jalan tu yang bumbung ijo Mahkota Square,, ~i hope its right,, readers from pahang sorry kalau salah,,


Introducing~ Negeri Penyu,, Kuala Terengganu, Terengganu,, ~yup, memang famous dengan penyu belimbing i think lah,, Tapi x lah penyu2 nak mendarat kat sini,, penyu2 tu akan dtg ke Rantau Abang

Lastly,, saya memperkenalkan negeri Pantai Timur Malaysia terakhir,, ~they have 3 Pantai Timur (Terengganu, Pahang & the last one)



Nah,, Kota Bharu, Kelantan,, ~for me paling cantik in Pantai Timur,, From my observation lah,, orang2 Kelantan sangat kuat kenegerian mereka,, ~sorry, but its also a good thing sometimes

Saya akan berhenti dulu kat sini,, tinggal lagi sikit je,, sorry for those readers yang masih tunggu negeri mereka,, ~next up negeri moden Selangor & the Utagha naa

Okay,, terima kasih sudi membaca,, Bye~

LIFE IN CAMPUS

Hai & Assalamualaikum

Readers,, untuk entri kali ni saya akan membongkar kehidupan saya sebagai mahasiswa UPM Kampus Bintulu Sarawak,, ~Uiisshh,, apa yang menarik sangat,, 

So,, apakah yang seronok nak mula ye,, Errm,, maybe pasal kawan saya dulu,,~feeling excited already??,, namanya Maimunah,, 



Hah!,, Salam perkenalan dari Maimunah,, A sweet cat,, ~cute is it??



So,, macam ni la Maimunah kalau time makan,, ~she eats a lot! aisshh that spoiled cat

Saya di sini nak berpesan pd readers jagalah kucing sebab tak rugi pun,, ~well, cost makanan pun no need to be berkira lah!,, For muslims,, kan kita tau jaga kucing ni sunnah nabi,,

Itu sahaja dulu,, nanti akan ada sambungan LIFE IN CAMPUS,,~readers can also request,, heheh,, sebelum tu,, saya mau tunjuk seekor lagi,,


~Cutest posed ever,, Inilah Sabrina,, ~the pictures are all mine from my camera,, so credits to myself~

Okay,, terima kasih sudi membaca,, Bye~

Wednesday, 4 December 2013

MARVELOUS CITIES IN MALAYSIA

Hai & Assalamualaikum

Muqadimah entri saya dulu,, Saya akan memperkenalkan Negara Persekutuan Malaysia,,
~bukan saya empunya gambar,, so credits to all the hardworking photographers



Negara Malaysia adala sebuah persekutuan daripada 13 buah negeri,, ~saya berasal daripada Selatan Malaysia, Negeri Johor Darul Takzim,, dan juga 3 Wilayah Persekutuan,,
Malaysia terdiri drpd Semenanjung Malaya & Pulau Borneo,, Proceed,, Saya akan memperkenalkan bandar2 megah yang dibangunkan kerajaan persekutuan & juga kerajaaan negeri itu sendiri,,




Nah,, itu lah dia Wilayah Persekutuan kami,, Kuala Lumpur (KL), Pulau Labuan dan Putrajaya,, masing-masing berdiri megah dengan fungsi bandar mereka tersendiri,, yes,, Malaysia mengutamakan bandar hijau so memang banyak pokok2 yang modern hidup kt bandar,,  ~ haha,, amazing is it??


Yang ni pula bandaraya Johor Bahru,, ~woah,, awesome ah my place,, Sebagai anak Johor saya beritahu sikit lah,, asal nama tempat ni Tanjung Puteri tapi lepas tu Sultan Johor umumkan nama baru iaitu Johor Bahru,, jambatan tu lah yang dipanggil Tambak Johor penghubung Malaysia dan Singapore ~busy ohh jalan tu,, ramai org Malaysia kerja kat sana & ramai juga orang Singapore datang melawat Johor


Tadaa! Kuching, Sarawak ~one of my most favourite city,, Sungai yang mengalir tu Sungai Sarawak yang bersih & kacak,,Di sini saya nak bagitau orang2 kat Semenanjung,, ~not all lah, only they who said Sarawak mundur, masih duduk atas pokok & macam2 lagi lah,, Boleh nampak kan,, cantik tak cantik bandar ni,, Tolong lah,, kita kan satu negara,, kalau menyakitkan hati orang cakap Sarawak mundur tu kenapa? Korang yang x terbuka nak datang lawat Sarawak sibuk buat cerita,,for Sarawakians,, ~kitak'oghang iboh amek hati,, madah sidak kitak'oghang pun ghumah besar, moto besar semua letak atas pokok, naik pokok pun pakey lif~ btw i love Sarawak



Yah,, ini dia Kota Kinabalu (KK), Sabah,, ~can you see the green blue beautiful sea!!,, No wonder lah Sabah menjadi tourist attraction kt Malaysia ni,, Macam ni pun masih ada yang cakap Sabah x maju,, Aishh,,

 Saya nak beri pesanan kita rayat Malaysia mestilah bersatu & hubungan antara Semenanjung & Sabah Sarawak ni benda kecil je,, jangan lah yang satu cakap x maju yg satu pulak cakap sombong bagai,, ~yes we are 1 Malaysia

Actually saya nak post semua ibu negeri kat Malaysia ni tapi maybe kena stop dulu,, Nantikan sambungannya,, 

Okay,, terima kasih sudi membaca,, Bye~

YANG KURIK ITU KUNDI

Hai & Assalamualaikum,,

Keke,, readers pernah dengar lagu Kurik Kundi dendangan artis pujaan Malaysia,, Datuk Siti Nurhaliza?,, Ermm,, tahniah lah kepada yang pernah dengar tapi bagi yang belum pernah dengar jangan bersedih,, ~hee,, sebab nanti saya tag la lagu tu,,

So, topik yang saya nak bercerita ni bukan pasal Datuk Siti ataupun lagunya,, tapi pasal menariknya gubahan lirik lagu itu ~betul ke gubahan lirik??,, 

Okay,, tumpukan pada lirik Yang Kurik tu Kundi, Yang Merah tu Bahasa, Baiklah Budi, Indah Bahasa,, Pernah dengar dalam puisi or pantun lama2,, atau x tau apakah kurik?, apakah kundi?, apakah saga?,, Ermm,, bagi saya definisinya x penting sangat bebanding maksud tersiratnya,,

Maksud tersiratnya nak beritahu sedunia yang orang-orang rantau Asia Tenggara atau Nusantara ni baik budinya,, ~mungkin zaman dululah,, NO!! sebenarnya orang2 kita masih lagi baik pekertinya tapi mungkin salah kemajuan globalisasi orang2 Nusantara ~saya maksudkan Malaysia, Singapore, Indonesia, Brunei Darussalam dan juga Philipines semakin kurang budi kita ni,, Dulu2 kita dididik untuk menghormati orang lebih tua, menghormati tetamu, menggunakan gelaran seperti pak cik, aunty, abang, kakak dan sebagainya. 

Jadi,, saya mahu mengingatkan generasi muda,, tolong lah jaga adab kita supaya generasi lebih tua ni xde lah nak pandang serong pada kita,, Kita mesti tunjukkan kepada mereka darah sopan-santun mereka masih mengalir dalam diri kita,, ~Eceh, macam bagus je diri sendiri ni hah

Lagi satu yang menarik adalah liriknya bercampur dialek2 negeri2 dalam Malaysia,, Saya akan tag lirik dengan lagu sekali,, So enjoy!~

Lirik Lagu Kurik Kundi (Siti Nurhaliza)

Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan,
Nak berkisar kaya tutur bicara,
Kalau tinggi untung jadi bintang,
Oh... oh... oh...
Kalau rendah masih jadi intan..

Teratak mahligai bak dipayung teduhnya,
Bila budi melingkar anak asuhan,
Adat yang lama berbudi berbahasa,
Akar kehidupannya..

Yang kurik tu kundi yang merah tu saga,
Baik budi indahlah bahasa,
Oh... oh... oh...,
Pantun lama tinggi kiasannya..

Berpantun seloka sambil menari canggung,
Serentak melangkah rentak timur diarak,
Gurau senda,
Sopannya dijaga,
Sepakat makin kukuh terikat..

(Pulau Pinang & Kedah)
Hang dok pi hang dok mai,
Lagu tu lagu mana,
Pi sini pi sana depa menghela sakan,
Awatlah dok kalut megah condong ke barat,
Mai kita...

Pakat tarik ramai-ramai,
Biar ke timur condongnya,..tukah..

( Perak )
Ada...O...ada E...,
Bunyinyo tidoklah serupa,
Erti tidak berbeza,
Betui yong betui sungguh,
Betui ape di kate,

Selembut tarian hoi...,
Nak muda berlotah,
Tutur bahasanya,

Maghi yop maghilah yong,
Maghi kita memikio,
Parit dengan kuale,
Cakap tidak serupe...(ateh),

Dihitung beratus beratus bilangan,
Digali beratus-ratus terpendam,
Saga dalam lagu pada indah syairnya,

Kundi dalam tarian,
Indah lenggok tarinya,
Tutur bahasanya,
Aduhai indahnya...,

( Negeri Sembilan )
Mana usang diperbarui,
Mana lapuk hai dikajangi,
Mana elok dipakai ondeh dipakai,
Kalau singkat cantik manis,
Disambungkan...,

Kalau panjangan cantik manis...,
Mintak dikerat...(yolah)..

Yo sungguh yo bonar,
Kato sungguh dikato,
Muafakat ya tuan,
Ibu adat di ondeh tidak dilupa,

Tak boghodat,
Minum tidak bergula,
Tak bobudi,
Pohon tidak berbuah,(2X)

( Kelantan )
Teghtek teghning oghe kito,
Hok tu keno jago,
Jange sapa berlete kale,
Luar napok come...jange dale, habih kuca lembe,(2X)

( Sabah )
Membubutlah...bayu,
Lalu limpas siring semalu,
Mengalai bagai tari sesuku,
Tari sesuku,

( Sarawak )
Selembut madah begitu taghi,
Sek ada sakit ghasa di hati

Kame` nyambut madah tuan hulurkan,
Kita` nyambut madah kame` hulurkan,

Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan,
Nak berkisar kaya tutur bicara,
Kalau tinggi untung jadi bintang,
Oh... oh... oh...
Kalau rendah masih jadi intan..

Yang kurik tu kundi yang merah tu saga,
Baik budi indahlah bahasa,
Oh... oh... oh...,
Pantun lama tinggi kiasannya..



~Wuhu! Ini lah dia artis yang saya minat,, very georgous right?,, credits to her from my blog 

Okay,, terima kasih sudi membaca,, Bye~